Want your
own Fotopage?






 
zai's FotoPage

By: zai mohamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Jun-2008 01:47 Email | Share | | Bookmark
Aliyyah & Kamera

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 30 photos...
Assalamualaikum...

Aliyyah a.k.a adik ini kalau berposing depan kamera memang no. 1...Tengok ajelah gaya dengan senyum meleret dia..Ini semua tak lain tak bukan hasil 'kerja' makcik-makcik dia yang sejak dari kecik asyik suruh budak tu posing depan kamera...Bukan itu saja, kalau kamera ada kat tangan dia pun dia suka...siap ambik gambar sendiri.

Last week, Aliyyah & Adam overnight kat rumah mamanah dia. Kalau sebut aje tidur kat rumah mamanah, semua bersorak kesukaan. Apa tidaknya Adam boleh main playstation (kat rumah tak dibenarkan sama sekali kecuali cuti sekolah) and Aliyyah pulak tak habis-habis dengan VCD 'Man Laksa'nya. Layan ajelah mamanah ye!!!!










Care to comment?


Sunday, 15-Jun-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
Happy Father's Day - 15th June 2008





Assalamualaikum...

Selamat Hari Bapa terutama sekali buat abah dan ayah mertuaku...

So, semalam kita orang semua keluar gi Jusco Wangsa Maju...Beritahu hubby yang aku nak tengok barang dapur sikit..ehh!!sejak bila pulak aku beli barang dapur kat sini...bukan ke selalu beli kat 'C' ataupun 'T' kalau tidak pun 'G' <--- you pikirlah sendiri huruf-huruf tu stand untuk apa ye...Sebenarnyakan aku nak tengok KASUT ..Aku ini sebenarnya susah sangat nak cari kasut bersesuaian dengan citarasa..Dahlah kaki depan lebar lepas tu pakai saiz 9 pulak tu...Kalau stail kasut yg kuncup depan tu jangan haraplah aku nak beli sebab apa tau...tak sedap pakai..sakit kaki den. But anyway tak beli pun kasut..

Bersempena hari Bapa semalam, Aliyyah sibuk nak beli gift untuk ayah dia...Nak budget punya pasal, pusing-pusing dalam Jusco terjumpalah aku satu benda yang aku kira menepati budget aku..Sepasang stoking harga RM13.90 discount 70% <--- kira sendirilah ye berapa harganya...OKlah tu yang penting ingatan tulus ikhlas...ahaks.

along, dah ler murah. diskaun lagikk... hehehe.... jimat jimatt.... Sat 21-Jun-2008 06:07
Posted by:adrina @ nasi impit  - [Link]
dimasa minyak mahal ni, kenalah budget baek punya. masalahnya aliyyah yang bagi hadiah, mama dia yang kena bayar... Tue 24-Jun-2008 06:49
Posted by:zai zaili.mohamad@gmail.com
Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 13:53 Email | Share | | Bookmark
Esok sekolah dah mula....



Assalamualaikum...

Dari semalam aku sibuk betul...maklumlah esok Aishah nak balik asrama. Aku mengosok baju start dari pukul 10 pagi, berhenti sekejap untuk solat zuhur & masak tengahari dan continue balik sampai waktu asar...nasib baik hubby aku tolong jugak kalau tak mau sampai Isyak agaknya.

Alhmadulillah settle jugak by pukul 5.30 petang. Dah habis iron baju, nak tolong Aishah packing baju dalam beg pulak...Kena make sure jangan ada yang tertinggal. Tak sanggup wooo nak ulang alik Seremban sebab minyak dah naik harga...

Lepas maghrib aku ajak hubby keluar gi Metrojaya Bukit Bintang. Baru-baru ni aku dapat voucher, tak banyak pun..RM50 aje. Expire on 31 July 2008. Sayang tau!! kalau tak beli something...Cadang-cadangnya naklah beli kasut atau wallet...Pusing punya pusing tak jumpa yang berkenan di hati...Ajaklah pulak hubby gi Metrojaya Berjaya Times Square...Akhirnya aku pun beli satu wallet untuk diriku sempena harijadiku yang ke ehem...ehem..(still young you know. )

Care to comment?


Saturday, 7-Jun-2008 09:40 Email | Share | | Bookmark
THE KEMBAR'S WEDDING

 
 
 
View all 27 photos...
Assalamualaikum...

Hari ini merupakan majlis bertandang pengantin perempuan (Amy) ke rumah pengantin lelaki (Hisham). Majlis di adakan di Dewan Taman Rantau (ehh!! betul ke nama dewan ni..hantam ajelah ye) bermula tengah hari (pukul 12 noon)...

Sebenarnya pengantin lelaki ini mempunyai saudara kembar...namanya Faizal...Aku ni selalulah confuse yang mana satu Faizal dan mana satu Hisham..Actually kedua-duanya mempunyai fizikal yang berlainan...Sorrylah ye my cousin..akak sepupu kau ni dah tua sebab itulah payah benar nak cam kau orang berdua...

So, ada sedikit delay masa bersanding...sebabnya rombongan pengantin tiba dari Kota Bahru this morning dengan train...But anyway everything went smooth...Bayangkan mak andam hanya mengambil masa kurang dari 1 jam nak siapkan pengantin...hasilnya cantikkan.. bravolah Kak Siti Fatimah...you did a great job..Kalau akulah agaknya mahu jadi macam clown muka pengantin tu aku conteng..maklumlah dah panik...ahaks.

Akhir kata...SELAMAT PENGANTIN BARU DARIPADA ABANG NIK, ALONG JAI & FAMILY...SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT

p/s : Pengapit pengantin tu dua-dua masih single...Bila lagi naa....

salam...sape yang kawen tu.. Wed 11-Jun-2008 03:38
Posted by:shariza mamanurin2002@yahoo.com  - [Link]
Salam kemesraan dari Zai KuLiM boring2 tu jom ler. jenguk sat entry Zai shopping sakan kat Night Market @Brichang ,Cameron tu....
Ok sok ader lagi entry kat Cameron .. mengenai kat Arabella plak..mmg cantek dan sesuai tuk seisi family bila pi CH

Wah...sapa kawen tu story ler kit...
Wed 11-Jun-2008 06:06
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 5-Jun-2008 02:52 Email | Share | | Bookmark
Minyak Naik Harga....



Assalamualaikum...

Waduh...starting from tengahmalam tadi harga minyak dinaikkan dari RM1.92 ke RM2.70...Banyak tu naik sampai RM0.78sen...Kalau minyak naik harga bermakna harga barangan keperluan lain pun akan naik harga jugak...Pengsan..pengsanlah akak macam ni...Sedangkan sekarang pun dah terasa bahangnya inikan pulak lepas ni...I'm very sure menjelang hari raya aidil fitri ni semua naik. Yang tak naik-naik gaji gua aje...

Berputar-putar kat fikiran aku macamanalah aku nal turut saranan Pak Lah suruh tukar cara hidup...Excuse me semenjak dua menjak ni dah terlebih tukar dah. Antaranya aku ialah

1) Aku dah tak beli baju baru lagi...Baru-baru ni pun masa wedding Kamizal aku recycle balik baju lama...Kesian aku...Sebenarnya perangai aku setiap kali ada jemputan kahwin akulah antara insan yang paling suka cari baju baru..ataupun kasut baru..ataupun handbag/clutch baru ataupun tudung baru..apalagi yekk..kalau boleh head to toe semuanya mesti baru dan paling penting mesti maintain glamour and vogue gitukk..Now no more.. forget about it k...

2) Kurangkan bersiar-siar...Yeap, memang dah jarang kuar kalau tak ada urusan penting. Memerap kat rumah..Jimat duit minyakkan...Rasa-rasanya basikal yang tersadai tu aku nak betulkan..Senang nak gi kedai. Disamping menjimatkan petrol boleh jugak exercise kan..Once a week jenguk Aishah kat TKC...hmmm..Apa kata kalau mama datang every forthnighly..Boleh tak Aishah? Ok, Ok jangan nangis..jangan nangis...mama datang every week..After all mama dah cut cost kat item no. 1 kan...But with 1 condition, belajar rajin-rajin k..

3) Jimatkan letrik...hmmm. Tutup suis yang tak digunakan. Kalau boleh gunakan lilin..hmm..lilin kena beli...Nak beli kat kedai kena naik kereta..guna minyak tu...So bergelap ajelah..lagi senang. Lama-lama tertidurlah kita (jangan guna pakai idea aku ni...idea mengarut tau!!!)

4) Naik pengangkutan awam...Well..kalaulah bas rumah aku tu efficient (baik punya...style dafi af5)..I dont mind...serious k...no joking. Dahlah kena menunggu lama, lepas tu dia berenti rehat kat port dia pun lama...end up masa aku habis dalam bas ajelah...Kadang-kadang tu nak sampai ke lrt station ampang tu je makan masa 1 jam you know....

Care to comment?


Saturday, 31-May-2008 08:57 Email | Share | | Bookmark
Majlis Menyambut Menantu @ Dewan MBSA, Shah Alam

 
 
 
View all 22 photos...


Assalamualaikum...

So hari ini the whole family akan gathered at Dewan MBSA untuk majlis persandingan sebelah pihak lelaki pulak. Semalam, kita orang dipanggil for rehersal and to finalised duty masing-masing. Mula-mula aku sepatutnya menolong Nik Hashimah untuk bagi bunga telur pada tetamu tapi kemudian ditarik untuk menyambut tetamu VIPs pulak. Tak kisahlah mana-mana pun boleh.

Kita orang sampai kat dewan pukul 11.00am. Sepatutnya report duty pukul 10.00am...tolong akak terlambat...jangan marah akak ye!!...All committees di wajibkan memakai baju melayu/kurung berwarna biru...Alhamdulillah everything went smooth...Majlis berakhir jam 4.30pm...Time tu semua orang dah penat...kaki dah sakit...otot2 muka pun dah lenguh sebab tersenyum memanjang (penyambut tetamu kan kenalah senyum sokmo)...Sah-sahlah malam ni makan kat luar sebab tak larat nak masak...

Care to comment?


Wednesday, 28-May-2008 14:07 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY TO ME...





Assalamualaikum...

Yeah! Yeah! Today is my birthday...Hari ni aku saja ambik cuti..nak berehat kat rumah...boss pulak tak ada, cuti gi umrah..

Yang best about birthday ni ialah :

- Dapat birthday wishes from anak-anak tersayang (Aishah, Adam & Aliyyah)
- Dapat hadiah..i love the gift (thank you anyah...dapat sebelum birthday lagikk)
- Dapat sms from adik2, cousins (Ida & Ina), friends (Wati, Kak Su)...ehh lupa pulak my auntie, Induk Jah
- Dapat hadiah lagik..candle holder (thanks so much Kak Ida, Kak Su & Wati...)

Yang tak bestnya about birthday ni pulak ialah :

- Umur dah meningkat (sedar-sedarlah diri sikit ye!!! dah makin tua)
- Hubby aku buat hal again...dia lupa birthday aku hari ini...aku apa lagi, dah tarik muka 44..entah macam mana masa kita orang jalan kat Jusco Wangsa Maju, tiba-tiba dia teringat nak tanya anak aku, hari ni berapa haribulan...apalagi kelam kabut dia wish aku..kelakar pulak bila teringat daya dia yang mengelabah tu...

Now come to azam pulak...

1st of all aku nak tingkatkan amal ibadat aku pada ALLAH s.w.t. Kalau boleh nak buat banyak solat sunat, nak ganti puasa (tak start lagi you. kena buat lepas habis uzur ni), nak mengaji Al-Quran...berzikir (hmm mak selalu pesan, tak pernahnya nak ingat)...Apa lagi ye...hmmm, nak buat baik sesama manusia, nak kerja rajin-rajin, tak nak boros (barang-barang keperluan semua dah mahal tau!!!)...


Care to comment?


Sunday, 25-May-2008 06:52 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bersanding - Kamizal & Normah

 
 
 
View all 16 photos...


Assalamualaikum...

Hari ini aku sefamily turun ke Banting lagi...Hari ini untuk majlis bersanding pulak. Today kita orang tercepat dari orang lain...Pukul 10.00pagi dah terpacak depan rumah Ku Malihah...Jangan marah jadi peserta pertama sampai...padahal orang nak bertolak pukul 11.00pagi (ahaks...malunya)

Lebih kurang pukul 11.00am kita orang semua bergerak ke rumah pengantin perempuan dan sampai disana lebih kurang pukul 12.30pm. Ada perarakan pengantin, majlis merenjis dan sessi bergambar ramai-ramai....

Care to comment?


Saturday, 24-May-2008 03:22 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru - Kamizal & Normah

 
 
 
View all 19 photos...


Assalamualaikum...

Hari ini majlis akad nikah diantara Kamizal dan Normah. Aku dan hubby pun berangkatlah ke Banting. I've been here before tapi gi kat pantai Morib aje. Majlis diadakan dimasjid dan dengan sekali lafaz maka sahlah mereka sebagai suami isteri.

Kepada kedua mempelai..."SELAMAT PENGANTIN BARU" dan semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya....

Tq for the wishes, tak banyak amik gambar ke? Mon 16-Jun-2008 14:44
Posted by:Kamizal kamizal@hotmail.com
Add comment


Monday, 19-May-2008 13:14 Email | Share | | Bookmark
belajar sumting new...




assalamualaikum...

cuba sumting new.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.